Monday, December 20, 2010

Mood cuti...Marble Nutella





Assalamualaikum buat semua, harini aku tak kerja n anak-2 tak pergi ke Program Daurah Remaja Islam yang dianjurkan oleh Masjid Negeri Shah Alam. Kena pergi sekolah untuk tandatangan rekod persekolahan mereka. Tahun ini memang lambat sesangat sebabnya kerana peperiksaan akhir tahun berakhir pada hari Khamis minggu akhir persekolah sesi 2010. Takpelah semua dah selesai n alhamdulillah.

Tengahari tadi sebabkan terajin sikit n untuk buat bekalan, insyaallah ikut suami ke Penang atas urusan kerja, ku merajinkan diri membuat kek marble nutella ambil resepi dari Rima. Rima pula ambil dari dari Bro Rozzan yang terkenal dengan pelbagai masakannya. Ku tak guna nutella, letak ganache sebab kami sekeluarga tak pernah mencuba nutella pun sepanjang kehidupan bersama anak-2..he he he.

Kekku merekah dibahagian tengah, takpe janji anak-2 suker...dan telah selamat dirasmikan oleh Siti Nur Fathieha, putriku.

No comments:

Post a Comment