Thursday, January 19, 2012

Dalam kenangan...bonda Hajjah Fatimah bt Dol

Assalam buat semua. Sebenarnya tak bersemangat menghapdet citer-2 terkini. Gambar jenjalan ngan anak sedara pun malas nak upload sebabnya di antara 16/12/2011 sehingga 10/01/2012 yang lalu, hidup kami berubah separuhnya. 

Awal Disember 2011, mak dah mula demam-2. Emak memang penghidap kencing manis tapi bukan jenis  luka-2. Adik iparku yang balik bercuti di kampung pun, anak beranak demam. Masa kami balik cuti hari keputeraan Sultan Selangor, semua orang makin pulih. Lepas jenjalan ngan anak-2 sedara sebelah suami, emak, keluarga kakak sulungku, Rugayah dan keluarga adikku  Sha Harudin ke PD, mak demam semula dan lebih teruk selepas ambil darah. Keputusan yang diambil Jumaat 16/12/2011 tu, sepakat hantar emak ke HB Melaka dengan harapan mak akan sembuh.

Sabtu 17/12/2011 kami balik semula ziarah mak kat HBM dan mak masih boleh bercakap-2 dan beritahu doakan dia cepat sembuh, kami tau mak takut masuk hospital, orang tua biasalah. 

17/12/2011, Dr kata mak kena serangan jantung pertama dan setelah mak susah bernafas, mak diberi ubat penenang dan bernafas dengan bantuan alat pernafasan yang dimasukkan kedalam mulutnya dan hari demi hari kami terus menunggu sehingga mak sedar. Setiap minggu x pernah miss ziarah mak. Rumah riuh rendah sebab semua anak-2 adik beradik berkumpul.

Selepas seminggu, emak disyorkan untuk tracheostomy kerana cara sebelumnya mudah untuk mak mendapat jangkitan kuman. Last-2, masuk minggu ke tiga, 4/01/2012, hari Rabu, barulah mak menjalani pembedahan tersebut. Yelah dah makin berumur, tekanan darah emak asyik tak stabil, jadi Dr terpaksa tangguh sehingga emak benar-2 ok. Aku sekeluarga balik Melaka hari emak dioperasi. Harap sangat lepas tu emak sedar, kami ada dengannya. Setiap waktu melawat kami tak berhenti ziarah emak. 

Dalam masa tu mak dipindahkan dari CCU 3 ke ISO 1. Paling lama kat CCU 3, sedara tak putus ziarah emak. Kalau masa kat CCU 3 boleh pegang dan sentuh emak tapi kat ISO 1, kami digalakkan tengok emak dari luar bilik sahaja. Aku dapat masuk sekali, itu pun dengan mengikut prosedur yang ditetapkan, belajar beri emak minum susu.

Isnin 9 Jan 2012, tengahari tu, aku sms anak sedaraku. Dia menziarahi emak dan petang dalam jam 2 lebih, aku sms kakak sulungku, tanya siapa ziarah emak waktu petang..dia kata dia ada di HBM, Dr Anita nak jumpa. Hasil perjumpaan dengan Dr Anita, kakak bagitau, Dr akan maintain ubat dan tak buat penambahan sebab tahap kesihatan mak semakin menurun. Dr bagi tau lagi kalau nak bawa mak balik, dia akan sign surat. 

Malam Selasa 10 Jan 2011, kami sepakat, akan bawa emak keluar hari Rabu. Maknanya semua adik beradikku akan menghadap emak. Tapi kuasa Allah s.w.t tak de siapa dapat menghalang, tengah malam dah hampir masuk hari Selasa, kakak sulung dapat panggilan, tekanan darah emak tak stabil tapi lepas emak dimandikan/dibersihkan, ok semula. Lepas tengok semua ok, akak sulung balik rumah, tak sampai 1/2 jam dapat panggilan dari HBM, kata jantung mak pulak bermasalah, kakak berkejar semula ke HBM.

Seingat aku, malam tu kami tidur dalam jam 12.30 tengah malam kat Meru ni, masa tu dah siap kemas beg sebab habis sekolah Selasa tu, rancangannya nak balik ke Melaka. Jam 2.20 pagi dengar bunyi henfon tapi percakapan tak jelas..tengok no, macam kenal, dengar semula, rupanya kakak sulung bagi tau.....emak dah takde.  


Gambar terakhir emak pada 13/12/2011 yang lalu beberapa hari sebelum 
Allahyarhamah dimasukkan ke HBM pada 16/12/2011.

Dulu masa arwah abah pergi, umur aku baru 12 tahun, masa tu 7 Syawal tahun 1981. Aku nangis tengok mak sedih. Sekarang, bila dia pulak tinggalkan kami...baru aku terasa sangat kesedihan itu.  

Arwah banyak berkorban untuk kami 6 beradik. Alhamdulillah mak tak pernah kahwin semenjak arwah abah meninggal dunia. Aku pun takut dapat bapa tiri. Allah dah beri pedoman sebelum arwah abah pergi, emak dah mula berniaga kuih kecil-2an. Bila abah tak de, kami masih berniaga dengan membuka kedai kopi  dan aku sendiri menolong emak menjaja kuih setiap pagi.

Alhamdulillah juga, arwah abah bekas tentera, dapatlah emak pencen untuk membesar dan memberi pelajaran kepada kami 6 beradik. Semua anak emak dah berkahwin dan sehingga ke harini cucu emak  berjumlah 18 orang. Insyaallah akan ada orang baru lagi dari isteri adik bongsuku pula.

Semoga Allah menerima jasa terakhir aku untuk arwah, memberi dia minum susu, menolong membuatkan sedikit pakaian terakhirnya dan juga membantu memandikan jenazah arwah.

Semoga Allah s.w.t menempatkan kedua-dua ibu bapaku ditempat orang yang beriman. Al Fatihah untuk emak, Hajjah Fatimah Dol dan abah, Sulaiman b Mat Amin.

Terima kasih juga kepada kakitangan HB Melaka yang telah membantu dan menjaga ibu kami sepanjang arwah berada di sana.

4 comments:

  1. AlFatihah. Semoga bonda kia semua ditempat bersama para sollehah.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah. Semoga kakak sekeluarga tabahlah menghadapi kehilangan ini.

    ReplyDelete
  3. Syidah..

    Terima kasih. Insyaallah, sudah ketentuanNYA.

    ReplyDelete