Saturday, July 28, 2012

Menu 1 - 7 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum buat semua umat Islam yang sedang berpuasa. Takde idea sebenarnya, saja nak menempek gambar buat kenang-2an apa yang telah dimasak sepanjang 7 Ramadhan yang lepas. Aku ni bila rajin, macam-2 nak buat dan inilah hasilnya...


Ramadhan 1433H nampaknya pertama kali kami beraya tanpa emak yang tersayang. Tak boleh nak tulis panjang pasal arwah, nak nangis aje, walaupun umur ni dah hampir separuh abad. Dulu masa puasa, memang tunggu masakan emak (tak yah tunggu puasa pun, mak akan masak yang sedap-2) dan aku akan call mak, tanya menu dia untuk berbuka.

1 Ramadhan tahun ini aku sambut di Melaka, bersama Kak Long n famili, tumpang adikku Niza dan famili yang memang balik Melaka. Aku masakkan makaroni gratin untuk hidangan berbuka puasa petang 1 Ramadhan tu..kak long masak nasi himpit, kuah kari n sup ayam untuk kami.


Ahad iaitu 2 Ramadhan tu, aku tak masak, suami ambil dari Melaka (dia dari Perak, rumah mertua aku, dia singgah balik dari Penang). Hantar anak sulung balik sekolahnya dan dia belikan kami hidangan untuk berbuka puasa petang tu, lupa nak ambil gambar.



Menu hari ke 3 Ramadhan, kalau tak silap..he he he. Merasmikan dulce le dulce, orang sibuk, makcik pun sibuk..he he he, dimakan dengan pisang nangka yang suami beli..aku goreng sendiri. Nasi lemak siap bungkus ngandaun pisang, buat sambal sutun. Masa ni dah start tak berbuka ngan suami..suami berbuka dengan warga asing di Surau Al Faizin kat taman aku juga.


Ni lempeng ngan kari. Hari ke berapa tak ingat, mungkin 4 Ramadhan kot..he he he. Gambar suami masak lempeng banyak-2 lupa nak ambil..he he he. Suami aku ni memang setiap kali Ramadhan, dia kan masak-2 untuk hidangan berbuka puasa untuk dibawa ke surau..sesuatu yang amat istimewa tentang dia.


Ni menu 5 Ramadhan, nasi ada lebih dan sayang nak buang sesaja..maka terjadilah nasi goreng. Sebab apa nasi banyak...sebab kami terlepas sahur n tersedar jam 6 pagi..anak-2 mulanya puasa. Tengahari balik sekolah Fathieha telefon nangis-2 kata dahaga..ayahnya malas nak layan, suh makan aje..perghhh dia betul-2 g makan. Masa dia telefon memula nak menangis pelbagai..lepas makan dia call aku semua dengan suara yang ceria. Dia pesan nanti mama n ayah jangan tidur lambat..he he he


6 Ramadhan, aku masak bebola-roti-goreng, ambil resepi dari Blog Potret Kasih. Aku tak ikut cara dia sangat, aku blender roti campur ngan sedikit susu n air. Tapi rasa dia memang sedap, macam nugget Fathieha kata. Aku berbuka berdua saja sebab Nazmi join ayahnya..






7 Ramadhan, masak lagi makaroni gratin kesukaan anak-2, sebabnya anak sulung boleh balik rumah. Agak kering sedikit tapi sedap.

Semalam tak masak nasi langsung, sebab suami bawa mee hoon goreng dari surau, Azie, jiranku beri mee kari sebab pulangkan pinggan. So subuh tadi, kena bangun awal, masak nasi, goreng sambal telur dan masak sup sayur kubis. Goreng nugget cheese dengan sosej juga. Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan rezeki yang engkau limpahkan kepada kami semua.




2 comments:

  1. Alahmdulillah.. selagi kita duduk kt tdb dan rajin bercampur orang.. rezeki takkan putus. Semoga sillaturahim sesama rakyat tdb terus kukuh ya..

    eh kelakar la.." suami berbuka dgn warga asing.." ha ha

    ReplyDelete
  2. Ya Che Mid..he he he, terkezut Mila Che Mid peluk semalam, macam dah setahun kita tak berjumpa ye..Mila ke SAF tapi selang-2...haritu dok sebelah adik Che Mid yang suaminya Polis tu...

    ReplyDelete