Sunday, July 29, 2012

Ramadhan ke 8 & 9 1433H

Hari ni rajin sikit, so update gambar yang telah diambil sebelum semua makanan masuk ke dalam perut..he he he.


Menu hari ke 8 Ramadhan, kebetulan anak sulung berada di rumah maka menunaikan permintaan Adli nak makan lauk masak lemak udang, ibu nak makan mee goreng n pengat keladi. Ibu yang lebih-2. he he he. Petang tadi dalam perjalanan balik dari hantar Adli ke Jeram, suami cakap, kuah masak lemak tu, SEDAP dan cukup segalanya..he he he, alhamdulillah, kembang hati makcik ni. Yelah selalunya makcik akan tanya..sedap x.. 

Ada baki air Twister, so makcik habiskan, sebab anak-2 tak suka ada serat buahnya..itulah yang baik..anak-2


Menu harini, ayam masak merah dan nasi tomato, aku buat simple aje, cara aku. Janji ada rasa tomatonya..he he he. Murtabak n roti john beli odw balik dari hantar Adli. Alhamdulillah..sedap


Ini permintaan anakanda Nazmi, asyik bertangguh dari Jumaat, tadi sambil-2 masak lauk ayam masak merah, sediakan apa yang patut untuk buatkan choc moist cake untuk dia, buat dua supaya dapat diagihkan ke SAF. 

Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik, pergi ke SAF, Cik Hasnah kata..makaroni gratin n choc moistnya sedap..malu-2 makcik tau..he he he.

2 comments:

  1. Salam. Sedapnya Kak, pengat keladi. Tapi x blh mkn, gastrik

    ReplyDelete
  2. Assalam kembali Syidah..alhamdulillah semalam dapat juga makan pengat keladi..

    ReplyDelete