Tuesday, September 4, 2012

Kek lapis oreo


Alhamdulillah..dapat ode kek lapis lagi dari pemilik D Lina Bakery. Insyaallah esok dah boleh ambil. Tuan rumah tak berapa sihat lagi. Selsema, sakit hidung n bersin dah  beberapa kali. Kepala pun dah bengal-2 rasanya.

Terpaksa menyusun jadual, lagi-2 esok sehingga hujung minggu mengambil tugas suami menghantar anak ke sekolah, semua kena siap awal, maklumlah bekas jurulatih F1 yang kena pecat ni bawa kereta.... laju sungguh. Mudah-2an Allah beriku kekuatan. Amin.

Esok nak siapkan casing tart..insyaallah 200, lepas tu kena susun jadual nak bakar kek princess untuk Sumaiyah (anak sedaraku-besday 21Syawal), kek lumut (tempahan iparku Anis), kek rainbow (tempahan Aimi-Gombak). 

Ya Allah permudahkanlah segala-2nya. 

Nak resepi, meh ku share resepi-2 dari Bro Rozzan..tapi ku tak guna resepi ini. Maksudnya takde parutan cheese..

Semoga kek ini mengikut citarasa Puan Lina hendaknya..TAK MAHU MANIS.

No comments:

Post a Comment