Saturday, September 7, 2013

Syawal 1434H

Alhamdulillah akhirnya dah selesai Syawal dan ini antara kek lapis yang aku sempat buat dengan baki kek lapis aku g kelas ngan Nomie Aziz sebelum Ramadhan.


Adalah 2-3 jenis biskut yang aku beli tapi banyaknya aku yang makan sendiri. Bab buat biskut raya, aku memang tak berapa mina..he he he. 

Raya tahun ni macam biasa, balik rumah suami dulu, akukan dan tak de emak, 2-3 tahun sblm arwah emak ada pun ada memang raya di Perak. 





Ini antara gambar-2 yang kami sempat rakam masa raya lepas. Masa ni beraya di Perak, seronok dengan pelbagai karenah anak-2 dan anak-2 sedara dan yang paling aku suka ialah bila suami bawa jalan-2 beraya.



Ini pula masa beraya di Melaka dengan adik beradik ku, kalau ada arwah emak mesti dia join. Memang sedih dan tak sama tanpa dia. Al Fatihah buat arwah emak dan abah semoga tenang di sana.





Ini pulak gambar masa balik dari Melaka, kami singgah tidur di Chalet D Nelayan, Sg Tuang, saja lama tak bawa anak-2 mandi kolam. 

Itu sahajalah catitan raya kami.

Lupalah, dapat basikal masa cabutan bertuah di TDB, Alhamdulillah..terkejut sebab memang x jangka dapat hadiah sebab kami dah pindah, kami hadir pun sebab suami masih lagi AJK di sana.

3 comments: