Monday, February 20, 2012

Bersama mereka ...

Anak sulungku teringin nak makan nasi lemak air tangan ibu...merangkap makan tengahari sebab memang siap jam 1 ptg. Pagi Ahad hujan lebat kat tempatku, lepas kejut semua solat subuh, apalagi.........zzzzzzzzzzzzzzzz, bangun-2 dah kat 10 pagi...he he he. So sudah semestinya lambat segala-galanya.



Petang pulak, tangan menggatal nak mencuba resepi ni selepas tengok blog Puan Azlita Masam Manis tu...alhamdulillah jadi, tapi mungkin ada kesilapan, agak berminyak dan anak-2 cepat muak..tapi x pe jangan salahkan resepi..salahkan tangan sendiri.



C n P dari blog Masam Manis kepunyaan Puan Azlita yang cantik manis....tq Puan sebab sudi share resepi.

KEK BATIK ARORA
By : Cida

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper

Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan


Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna



Ini x tahu kenapa..takmo diambil gambarnya... 


Ini budak yang nak balik cepat sebab nk main game kat PC...


Tempat kami selalu melepak selepas menghantar anak sulung balik ke sekolahnya...he he he, anak sulungku dah remaja dah...mula risau macamana dia. Tau ke nak mandi wajib...he he he. Pesan kat dia, dosa ibu n ayah dah tak tanggung...dah ada buku sendiri, pandai-2lah menjaganya...

Semoga anak-2ku beroleh kesejahteraan serta  kejayaan dunia dan akhirat hendaknya dengan izinmu Ya Allah. Makmurkanlah rezeki dan sejahterakanlah keluarga kami dunia dan akhirat serta diberi kami kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-2..

No comments:

Post a Comment