Sunday, March 25, 2012

Selamat hari jadi sayangku...

Assalam semua, semoga semuanya sihat. Kat rumah ni dua orang, aku n anak sulung sedang disayangi Allah. Insyaallah. Semoga kami sabar dan redha dengan ujian yang sekecil ini.

Sesambil itu kena merajinkan diri buat sesuatu untuk meraikan besday suami yang sebenarnya jatuh pada hari Rabu lepas..masa tu dia ke Penang, so kebetulan harini dia dah balik, apalagi..merajinkan diri mencuba resepi dari blog Cahaya Cintaku.

Ini percubaan kedua..alhamdulillah tapi kena mencuba n cuba lagi untuk dapat lagi baik. Buat kecil-2 aje, dapat 7 biji n ada baki 4 lagi, ntah bila nak aku makan..he he he, suami makan 2 suap n suap pada Fathieha n Balqis..MANIS katanya..he he he


C n P resepi dari blog Cahaya Cintaku.

 ~ 4 biji putih telor ayam
~ 1 cawan gula kastor ( aku guna 3/4 cawan )
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1 sudu teh cuka makan
~ 1 sudu teh esen vanilla

Cara yg Ana buat  :

** panaskan oven terlebih dahulu pd suhu 140 darjah celsius.. masa nak membakar adunan baru turunkan suhu antara 120 - 110 darjah celsius..

1. Memula putar putih telor guna kelajuan tinggi sampai gebu dan soft peak @ bertanduk.. maksudnya kalau terbalikkan mangkuk tu adunan tersebut tak tumpah..

2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil putar menggunakan mixer pd kelajuan tinggi.. putar sampai adunan kental dan berkilat..

3. Masukkan pulak tepung jagung.. putar lg dlm 3 minit..

4. Masukkan cuka dan esen vanilla yg dah di campur terlebih dahulu.. masukkan dlm adunan dan putar lg seminit.. semuanya menggunakan mixer..

Ini ayat aku :

5. Letak adunan kedalam bekas beralas kertas atau aluminium foil.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140 C, bila masuk adunan laraskan suhu pada 110-120 C

Ayat Ana :

7. Pastu bakar dlm oven.. letak kat rak tengah.. bakar selama 1 jam 15 minit @ sampai meringue tu kering @ tak basah dah..

8. Make sure bila dah masak jgn kuarkan dr oven terus.. biarkan dulu sejuk dlm oven dgn pintu oven sedikit renggang..



Sukerrrrrrrrrrrrrr...........sangat. Percubaan pertama membuat macaron. Dah lama beli serbuk badam, sampai dah xpired 2 paket tadi. Nasib baik masih ada yang xpired lama lagi, siap mesin bagi halus sebab yang ada stok badam hancur..he he he

Tapi aku malas..malas nak buat bulat-2 kat atas kertas, nak senang kerja...picit terus..dan tersenyum gembira selepas minit keberapa ntah semasa proses membakar.....nampak macaronnya berkaki...he he he, cayalah makcik..puji diri sendiri.

Buat suami tersayang...Alhamdulillah semoga Allah swt panjangkan umur, sihatkan badan dan memakmurkan rezeki yang abang cari untuk kita semua Insyaallah. Semoga dapat kita bersama membesar dan mendidik anak-2 di dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar di dunia ini. Amin.

No comments:

Post a Comment