Saturday, March 31, 2012

Along kena demam denggi lagi...












Khamis malam Jumaat jam 12.40 malam, Adli call suh datang hari Ahad ambil dia untuk potong rambut. Aku tanya dia sihat ke, dia cakap sihat n dia tanya aku semula. Selesai, sambung tidur semula. 

Jumaat petang masa melepak kat umah Sabri, masa tu rasanya dah masuk Asar, Adli call, macam nak menangis, suh ambil juga walaupun minggu ni bukan minggu wajib balik. Katanya sakit kepala sangat. Ok, siap sembahyang Asar, bawa anak-2 yang telah diambil oleh adikku dari sekolah mereka sebab suami ke Penang, terus ke sekolah Adli...lupa nak ucap, tq Sabri n Anis.

Sampai aje kat sekolah dia, nampak dari jauh dia berjalan macam orang tak larat. Panas betul badannya dan menggigil masa dalam kereta masa on the way balik rumah. Malam tu, macam biasa, ibu jadi nurse, menjaga dia, letak tuala basah n pastikan dia tak panas sangat. Meracau-racau dia malam tu, tanya siapa pukul kepala dia...he he he, seingat aku, dulu kena demam denggi yang pertama, tak delah macam ini. 

Esok pagi Sabtu tu, bawa ke Klinik Araa, Setia Alam. Dapat ubat, Dr pesan minum air bebanyak. Adli ni xtif, bab minum air FAIL. Esoknya masih demam lagi, suami dah balik dari Penang masa tu. Dr syak dia batu karang. Isnin demam lagi, bawa lagi ke klinik yang sama. Suh Dr ambil darah terus...udahnya suspek denggi. Dapat surat suh g spital. Tapi kami g makan-2 dulu, siap fikir..dah malam, esok sajalah. 

Aku dah mula cuti dari hari Isnin, Selasa sambung lagi...sebab Adli konpem denggi. Platlet dah 124 masa kat Klinik Araa, kat spital masa hari Selasa udah turun 83..denggi lagi kau Along. Maka aku pun berumahtangga di spital sehinggalah hari ini, Sabtu..platlet 124-83-65-50-65... dan harini tadi masa Dr check aku kat bilik air. Tapi dah naik semula, ALHAMDULILLAH. 

Seingat aku masa dia sakit ni, selepas beberapa hari dia dah selera makan, Alhamdulillah, bila dia selera aku takdelah risau sangat...tanda-2 penyembuhan. 

Tq kepada bos-2 aku yang beri aku cuti sepanjang minggu, Jumaat pulak aku yang g klinik sebab tangan kiri n peha kanan aku, bisa-2..dapat MC yahuuuuu. Konon balik rumah sekejap, tinggalkan Adli yang dah sihat untuk buat kek, terpaksa kensel sebab memang dah tak larat lagi rasanya kalau main air n sejuk-2 lagi.

Terima kasih pada Bos Besar aku yang bawa air daun betik n sebotol air oren, apa pulak aku lupa namanya untuk tambah platlet anakku. Tq juga kepada Mura, G Are, Nurul, Hasha, adikku Sabri n keluarga, jiranku Azie n famili, Tn Hj Nasaruddin n isteri yang sudi datang. 

Terima kasih juga kepada iparku, Mazian yang ambil berat, hari-2 sms tanya perkembangan. Tq juga kepada Dr Rashidi serta nurse-2 yang telah menjaga & memantau anakku sepanjang dia di spital.

Buat anakanda Ilham Adli, semoga semakin sembuh dan pulih. Dr bagi cuti sehingga Selasa, supaya dia lebih stabil ke sekolah. Dapatlah juga ibu monitor dia lagi masa kat rumah ni.

Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah sembuhkan anakku semula, semoga dijauhkan kami dari segala penyakit yang merbahaya.

No comments:

Post a Comment