Wednesday, April 11, 2012

Selamat hari lahir sayang mama...


Alhamdulillah, harini genap 7 tahun anak daraku seorang. Tahun ini ulangtahun kelahirannya bersamaan tarikh pertabalan YDA ke 14 iaitu 11 April 2012. Kalau ikut kalender Hijrah, 2 Rabiul Awal yang lepas dia dah berusia 7 tahun. 

Detik kelahirannya, Siti Nur Fathieha dilahirkan 2 minggu lebih awal dari tarikh sebenar sebab mama kena keluarkannya ikut 'tingkap'. Alhamdulillah dengan kelahirannya juga, mama dapat juga anak perempuan. Memang x pernah tanya Dr apa jantina anak semasa sesi bertemu Dr. Janji kesemua anak-anak yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna..syukur kesemua anak-2 mama lahir cukup sifat dan sempurna.

Mama memang ada janji nak buatkan kek tapi ingat nak serentakkan dengan Angahnya nanti n tunggu Along ada sama. Nanti ye sayang. Fathieha ni banyak persamaan perangai dengan Alongnya..leka kalau mengadap TV n sampai x siap kerja. Aduss kalau disuruh solat, selagi mama tak bertukar jadi halimau, dia buat selamba.

Doa dan harapan mama, semoga Fathieha menjadi anak solehah permata ayah dan bonda dunia dan akhirat. Besar nanti sentiasa menjaga maruah diri n keluarga.

Selamat panjang umur anakanda..Mama sayang kamu selalu.

No comments:

Post a Comment