Assalamualaikum, lama tak bersiaran di blog ni..kemalasan n takde idea. Ini xtvt malam semalam selepas suami pulang dari luar daerah..he he he
Oklah meraikan satu-2 puteriku, Siti Nur Fathieha sempena ulang tahun kelahiran ke 9 nya pada tanggal 11 April.
Birthday girl yang nak makan bersuap sebab dia birthday girl katanya. Layankan aje.
Kubuatkan untuknya kek pelangi ngan krim cis gegara tengok kat blog orang yang sibuk menuntut ilmu. Sebelum ni bulan Mac 2010 dulu Rima ada buat untuk birthday puterinya, ini pula ku ambila dari sini.
Siti Nur Fathieha sesatunya puteriku selepas 2 abangnya yang kulahirkan secara caeserrean..klu salah ejaan sori. So kelahiran ke 3 tiada pilihan. Kalau bersalin ke 3 cara ni, kena diawalkan jadualnya dan tarikh pilihan doktor jatuh pada bulan Safar. Anak ke 2 bulan Safar. Tak bagus sangat perangai dan sifat peribadinya kalau ikut bulan Islam. So nak tak nak kena tipu doktor kata adik bongsu ku menikah padahal masa tu dia dah kahwin...he he he
Maka 2 Rabiulawal menjadi pilihan bersamaan 11 April 2005. Memulakan keluar doktor tunjuk macam boy, depa suh tengok bebetul..alhamdulillah dapat juga baby girl. Takpelah doktor nasihat jangan beranak lagi memandangkan usia dan saiz badanku yang begitu cummil...tapi bila tengok kengkawan beranak kecil, rasa nak juga..suami kata takpelah dah itu rezeki kita. Puteriku memang nak sangat adik..sorilah, mama dah kena berehat.
Buat anakanda, doa mama (dia seorang yang panggil camtu), semoga jadi anak yang solehah, muslimah sejati bila dewasa kelak, menjaga maruah dan peribadi Islam. Mama sentiasa sayang Siti Nur Fathieha.
No comments:
Post a Comment