Assalamualaikum....selamat hari Sabtu. Malam tadi kami tidur berempat sahaja kerana anak sulung ada program di sekolahnya. Kejap lagi nak keluar ambil dia.
Sementara tu, melayan kek pelangi yang kubuat untuk percubaan kali kedua ini. Asalnya kek ini untuk pelangganku, Hannan tapi tengok macam nipis pulak. Setiap lapis ku sapukan jem mengikut warna lapisan..he he he. Lepas tu siram dengan chocolate ganache. Manis betul cik adik.
Untuk mengurangkan risiko cepat mendapat penyakit kencing manis seorang diri (he he he)..kek ini telah ku agihkan kepada jiranku Linda. Kata puteriku, Cik Lindanya makan dengan Cik Yah, Ustazah Zainap, Cik Sham dan kanak-2 yang main-2 kat lorong kami...alhamdulillah selamat. Jiran sebelah rumah pun dapat merasa, kebetulan pinggannya ada dirumah ku...apalagi pulangkan..pulangkan....pulangkan. Maaf lambat pulang pinggan ye Midah, tak benda nak isi...he hehe.
Taraaaaaaaaa........kalini lebih puashati dengan rasa kek, walaupun manisssssssssss. Kalau sebelum ni dengan krim cis...tak berapa nak makan untuk kali ke..2 he he he.
Keterujaan nak buat kek ni, bila tengok orang sibuk gi belajar. Caraku dari dulu adalah dengan sruf kat i-net. Kalau dulu aku memang rajin sesangat tengok kat Myresepi Jom Kongsi Resepi. Tengok resepi pilihan dan akan mencuba kat resepi yang jadi feberet orang ramai. Baca kat komen-2nya untuk mengetahui info-2 tentang resepi tersebut.
Resepi kek ini telah ku letak di N3 sebelumnya, rajin-2 cubalah, insyaallah tak menghampakan. Kalau tak berapa rajin nak buat..tempah aje..he he he.
No comments:
Post a Comment