Alhamdulillah..yeh..yeh..yeh, menjadi. Bangun jam 6 pagi tadi terus buat untuk sarapan anak-2ku.
Along n Nazmi makan sedikit bakinya Fathieha bawa sekolahnya 4 kerat, separuhnya ku bawa ke ofis, dapatlah dirasa oleh Nurul, Ton, Kak Sum dan Mura...dah selesai.
Sebelum ni dah pernah bagi resepinya...ni aku tolong c n p resepi dan sedikit tips dari blog Dapurku Sayang, Puan Dayang ye..tq sbb selalu share resepi.
Kek Gulung Kasih
bahan-bahan :
cara-cara :
Selamat mencuba..
bahan-bahan :
- 70 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 g gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
- Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
- Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
- Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
- Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
- Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking.
- Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
- Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
- Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
- Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.
Selamat mencuba..
macamana akak boleh tak tau ada blog... awat tak habaq!! apa pun tahniah atas kerajinan adnaz!1
ReplyDeletehe he he..Che Mid. Alah, blog Mila ni bebiasa aje, sekadar suka-2. Tq singgah di sini.
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSedapnya kek gulung, pandainyer ...
Waalaikumsalam Mamawana,
ReplyDeleteTq singgah blog yg tak seberapa ini. Insyaallah kek tu sedap, 2 x buat, habis..he he he tapi masih dlm proses belajar lagi..